Pabila aku pernah mendengar sang ibu berkata..

Tak mahu bebankan sang anak, kerna tak mahu anaknya digelar derhaka pabila tidak mampu sang anak laksanakan apa yang dipohon. 

Terfikir aku hebatnya hati ibu yang diberi yang Esa. Saat diuji atas amanah daripada Dia. 

Sang ibu memimpin untuk kesempurnaan buat sang anak, kononnya anak terhutang budi dan akan balas kala tua kelak.

Tapi kita lupa..
Anak itu rezeki. Rezeki kita kelak tua.. punyai mereka habiskan masa tua kita atau sebaliknya.

Jalankan seikhlas tanggungjawab dan lepaskan. Terbang mereka bersama doa sang ibu mencari berkat yang telah ditentukan dari alam mithali.

Jangan bersedih jika anak diuji.. kuatkan hati percaya anak belajar sendiri untuk kita sudah tiada untuk mereka.

Comments