Kenapa tegas sangat..?
Memang rasa cemburu, bila lihat orang lain yang sentiasa ditatang bak minyak yang penuh.
Serba serbi perkara dibantu, bukan sahaja dibantu siap lagi dijaga hati dan perasaan supaya tak berkecil hati. Untung badanlah kadang sampai soal masa depan pun ada yang ambil berat.
Dulu aku rasa cembur, tapi bila dewasa kini.. aku lebih kasihan mereka yang dapat perhatian ini.
Mereka tak berjaya berdiri di kaki mereka sendiri. Hidup mereka seharian menyalahkan pada orang lain.
Dari kecil hingga kini, aku hanya jumpa mereka yang tidak akan tolong aku tapi mereka bimbing aku.
Pernah dulu rasa kecewa, tiada siapa yang datang membantu. Tapi perasaan itu sekarang sangat membantu kini, kerana aku tak pernah lagi harapkan sesiapa lagi. Aku percaya bila tiba masa aku perlukan pertolongan, Allah akan hantar hambanya membantu walaupun hanya sekecil kuman.
Kalau dulu aku juga cemburi mereka yang sentiasa ada teman gelak ketawa. Rasa bahagianya sentiasa didampingi rakan baik. Tiada lagi rasa kecewa, kerna aku ada teman setia yang sentiasa ada untuk mendengari keluh kesahku.
Banyak lagi kelebihan orang lain yang buat rasa cemburu. Tapi.. pabila kita lihat daripada bahagia kelebihan yang kita ada. Ramai lagi orang mencemburi.
Dulu pernah diketemukan Allah dengan seorang insan yang mengejar kehebatan. Semua hal aku di ambil tahu, semua perkara diselidik tentang aku. Bila mula rasa rimas, aku mulai berdiam diri.
Apa yang pelik dia cuba menjadi aku. Aku rasa bangga kerna ada yang ingin mengikut jejak aku. Tambah pahala buat aku kerna caraku untuk jalankan berkebajikan semata.
Tapi suatu tahap dia rasa penat, dan gunakan cara lain supaya dapat berhentikan. Tindakan dia untuk berhentikan aku tidak berjaya.
Dia mulai kepenatan, tiada kemampuan tandingi aku. Kepentingannya pada diri dia, beza dengan aku. Mana mampu untuk lawan kepuasan diri jika tak mampu penuhi kepuasan diri.
Langkah mudah untuk dia berhentikan aku, dia menabur fitnah. Aku pada mulanya terkesan, tapi suratan takdir aku redha. Pasti ada baik daripada fitnah yang disebarkan buat aku.
Aku beri laluan istimewa buat temanku itu. Kerna aku di situ landasan yang berbeza untuk berlawan. Kerja sia-sia kerna tidak akan ada pemenang.
Ingin tahu di mana temanku ini?
Dia terus mencari lawan untuk ditindasi. Supaya kehebatan hanya pada dirinya.
Tapi kasihan tidak dia sedari, lawan yang dicari sebenarnya adalah dirinya sendiri.
Pengakhiran aku tetapkan bukan untuk diriku, beza dengan mereka yang inginkan sesuatu buat ganjaran diri sendiri.
Tidak apa nak ku pamerkan, tidak apa untuk aku selindungkan.
Bagaimana kau ingin berlawan dengan aku?
Di mana kau nak letakkan kekuatan diri?
Semua bergantung pada diri kau sendiri.
Dapatan sesuatu yang kau ingini berada pengakhirannya dalam hidup kau.
“Cikgu, macam mana kita nak jaga hati orang.”
“Kita jaga hati kita dahulu.”
Cikgu Hanis.
03082019.

Comments