Hari ini join Kem Angkasa Mini salah satu program Minggu Sains Negara.
Terdapat pameran daripada IPT dan Badan-badan Kerajaan.
“Jom kita lihat pameran..”
Niat ibu nak ajar kemahiran bertanya..
Suruh yakin tanya biar pun tak tahu.
Gambar-gambar yang dikongsikan antara pihak beri respon sangat positif dan membantu.
Kagumlah dengan mereka, luangkan masa terangkan bahan pameran mereka kepada kanak-kanak.
Jelas perkongsian mereka lebih kepada pendedahan kepada generasi kecil. Lihat mereka ikhlas dalam memberi maklumat. Anak-anak pun rasa selesa dan seronok atas layanan mereka memang ingin sampaikan maklumat.
Beliau bahasa diri beliau pak cik, tak guna pun nama panjang awalan macam Dr ke Prof ke..
soalan pertama beliau tanyakan “kenal ke apa ni..?”
Ayra jawap drone. Bila beliau sudah tau anak ini tau apa yang dibina, beliau mula terangkan produk apa yang dihasilkan “pakcik buat badan drone dengan tumbuhan.”makin menarik mereka nak tahu.. macam mana tumbuhan jadi begitu.

Beliau beritahu lagi 
“Badan asal drone daripada plastik, ada yang guna bahan lagi mahal.. kan susah nak lupus.. tapi pakcik jadikan tumbuhan seperti kepingan kain ini.. kemudian pakcik cantumkan sampai jadi kepingan keras ini.. dan bentukkan jadi begini..”

Kagum cara beliau tunjukkan cara beliau hasilkan bahagian drone dengan komposite yang dihasilkan.

Beliau ajukan soalan dan nasihat.
“Darjah berapa ni..?”
“Tiga..” jawab Ayra.
“Dah besar nak jadi apa..?”
“scientist”
“Wah..” muka agak kagum.
“Belajar rajin-rajin.. tau matematik, tau sains.. kena rajin baru boleh capai cita-cita.. belajar kena faham. Bukan hanya faham.. pakcik doakan semoga capai cita-cita awak. Dapat hikmat untuk negara..”
“Aamiin..” ibu titipkan doa jua.


Ini pula daripada UiTM
“Universiti abang hantar satellite ini tau.. kat angkasa..”

“Ha Adam.. kan awak selalu tanya pasal satellite. Abang ini buat satellite.. tanya la abang ini.. macam mana satellite tu..” ibu paksa soh tanya.

Mulai dengan ukuran.. berat.. dan tunjukkan satellite. Walaupun pelajar Master/PhD ini tau budak-budak ini tidak tahu.. tapi dengan yakin dia bagitahu juga semua maklumat satellite yang dibina.

Katanya satellite daripasa Universiti Malaysia pertama ada di angkasa.

Bagus juga untuk pengetahuan ibu pembinaan satellite. Ada gunakan arduino juga dalam pembinaan satellite mereka.



satellite ini berkomunikasi, pelajar Master/PhD ini terangkan bagaimana terjemahkan isyarat yang diperolehi daripada angkasa.

Rajin melayan sehingga binakan nama Ayra, Adam dan Aisha bagaimana jika nama mereka dalam isyarat daripada angkasa.

Pendedahan yang bagus diberikan kepada anak-anak. Kagum cara mereka berkongsi ilmu dengan kanak-kanak.

Beliau bahasa diri beliau pakcik juga.
Beliau bina tangan daripada mesin pencetak 3D untuk anak yang kudong.
Antara yang Ayra perolehi..
Universiti of Google.

Minta anak-anak bergambar supaya mereka tahu pereka tangan itu sangat besae jasa beliau.

Ini pula daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.. alat yang dipamerkan memang luar daripada kebiasaan. 

Setiap alat pada awalnya diajak main.. dibuat sebagai mainan. Kemudian diterangkan fungsi. 

Adam Harith memang tak yakin tapi sebab ibu suruh tanya pelbagai alat untuk arah mata angin dan ayat pengukur kecepatan angin. 

Ibu suruh juga Adam Harith tanya apa itu Jabatan Meteorologi.. suruh tanya buat apa jabatan ini..

Kemudian ibu kaitkan dengan kerja mereka dengan soalan-soalan yang mereka tanya sebelum ini.

Kagumnya soalan yang pernah ajukan iaitu
“Ibu ada ke negara yang malam dia lama, tak ada siang..”
“Ibu ada ke negara kena puasa lama daripada kita..”

Lepas pegawai berikut dengan soalan yang anak-anak ini pernah ajukan..

Beliau menerangkan bagaimana negara tersebut malam yang panjang.

Penerangan beliau lebih kepada santai dan soalan untuk lihat anak-anak ini faham.

Tahniah pegawai Jabatan Meteorologi Malaysia. Anda hebat!!

Comments