Cara buat kertas.

Sudah lama berhajat nak buat kertas dengan anak-anak.. bila tengok youtube macam leceh nak kena buat mould tapis, Masa pergi Minggu Sains Negara ada pameran yang ajar buat kertas. Jadi kami pun join lah buat kertas.

Kertas yang tak pakai lagi, koyak kecil-kecil, kemudian hancurkan guna blender. Masukkan dalam baldi bersama air boleh kita ratakan pada perkataan belakang tapis. Semasa menapis ini kena pandai imbangkan air yang ada cerbisan kertas. Supaya cerbisan kertas itu serata. 


 Gambar atas ini cerbisan surat kabar. Macam tidak ratakan Adam imbangkan air supaya kertas itu serata.


Ada bahagian yang tidak rata nanti kita lihat hasilnya. 


Ayra pula buat cerbisan kertas A4 warnanya lebih putih banding kertas surat kabar.




Selepas itu cerbisan kertas yang telah ditapis letakkan pada kain lapik yang berlipat dua. ambil kain untuk terapkan supaya cerpihan kertas itu turun pada kain dan tidak memekat pada tapisan. Caranya macam tekap-tekap la air pada penapis itu.


Selepas itu pabila dah tekapkan air untuk cerpihan kertas itu turun ke kain, angkat penapis itu. nanti kita akan lihat cerpihan ketas itu masih basah.


Kain yang kita lipat dua tadi, tutupkan sebelahnya atas cerpihan ketas tadi supaya kita boleh seterikakan untuk mengeringkan cerpihan kertas untuk menjadi kertas.

seterikakan sehingga kain itu kering.

Hati-hati gunakan seterika yang panas.


Setelah kain itu kering, bukakan sebelah bahagian yang kita telah tutup dengan kain. Kemudian kita seterika atas permukaan kertas sehingga betul-betul kering.



Apabila sudah kering, kita tarik perlahan-lahan kertas yang kita hasilkan itu daripada kain. 



terhasilnya kertas baru yang boleh kita gunakan semula.. ;)






Comments