Boboiboy 2 dari kaca mata Cikgu Hanis

Memang tidak dinafikan kualiti pembikinan filem animasi memang terbaik. Bukan tahap negara tetapi sudah tahap antarabangsa. Tak lekang tumpuan, storyboard tidak meleret banyak peningkatan luar biasa. Sountrack daripada Faizal Tahir memang terbaik. Rasanya ramai dah komen meh Cikgu Hanis komen sudut berbeza. 

1. Bangga nilai baik hati Boboiboy membantu Adu Du yang diserang peguin walaupun musuh. Akhirnya Adu Du bantu misi Boboiboy daam keadaan lupa ingatan.

2. Kapal angkasa kebenaran macam bentuk wau. Bangga mereka ketengahankan warisan Malaysia.

3. Boboiboy ketengahkan bagaimana canggih pun teknologi, latihan asas sangat penting. Iaitu fokus seperti ketepatan, ketangkasan.

4. Penggunaan kuasa yang terhad. Apa pun kelebihan kita walaupun tak sehebat seperti orang lain. Kita guna cara tersendiri. Walaupun sedikit, kita boleh gabungkan untuk jadi luar biasa. Biasanya orang lain lupa, secanggih mana pun teknologi, tapi tiada asas selalunya akan goyang bila hadapi masalah.

5. Adap menuntut ilmu daripada orang tua tanpa mempersoalkan setiap teknik yang diajar. Pantang larang dalam menuntut ilmu. Masa Adu Du dan robotnya jalan tunjuk jelas menunjukkan adab hormat kepada guru. Bangga menerapan nilai dalam animasi yang penuh aksi.

6. Boboiboy banyak belajar cara Hang Kasa (tok guru) dalam mengaplikasi kuasa dalam berlawan malah tidak ego menerima komen Retakka (musuh jahat) pisahkan penggunaan kuasa akan cepat melemahkan.

Sikap terbuka dalam memperbaiki kelemahan sangat dikagumi.

Itu sebab Boboiboy 2 kali ini banyak perbaiki kesilapan yang lepas yang agak membosankan, buat saya yang kurang minat filem aksi. Tahniah.

7. Satu idea segar, watak baru, jalan cerita susah diramal.

8. Kenapa 7kuasa diberikan kepada kanak-kanak...? Boboiboy..? Sebab anak kecil tiada kepentingan gunakan kuasa.

Dewasa banyak belajar, yang jangan tamak dengan kuasa dan memperkecilkan orang lain.

Tahniah, tak buat Cikgu Hanis bosan kali ini. Jom sokong filem animasi buatan anak Malaysia.
#Boboiboy2

Comments